Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki miliki syabu kena 11 tahun, 10 sebatan
Published on: Friday, March 25, 2022
Published on: Fri, Mar 25, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki miliki syabu kena 11 tahun, 10 sebatan
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 26 tahun dipenjara penjara 11 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memiliki 78.92 gram syabu.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Siong Tung menjatuhkan hukuman itu kepada Mohamad Shahrulhafizi Mohd Salleh pada Khamis.

Advertisement
Shahrulhafizi pada 18 Mac lalu mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif memiliki dadah itu pada pukul 12.30 tengah hari 2 Okt 2018, di tempat letak kereta di belakang One Borneo Hypermall, Manggatal.

Pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama, membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shahrulhafizi pada asalnya didakwa mengedar dadah itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (DDA) 1952 yang membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Siti Amirah Muhammad Ali menjalankan pendakwaan, sementara Shahrulhafizi diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

Advertisement
Sementara itu, seorang penganggur warga Filipina meminta dibicarakan bagi tuduhan mengedar 59.14 gram syabu.

Mohd Gammar Gani mengaku tidak bersalah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim terhadap tuduhan melakukan kesalahan itu pada 10.30 pagi 8 Julai 2021 di tepi jalan, di belakang premis KFC di Sipitang.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mahkamah menetapkan 21 April untuk sebutan semula dan memerintahkan Gammar direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan untuk ikat jamin.

Timbalan Pendakwa Raya Rozanna Abdul Hadi menjalankan pendakwaan.

Gammar diwakili peguam Shahlan Jufri, Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain dan Mohd Syarulnizam Mohd Salleh.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here