SANDAKAN: Orang ramai perlu terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19 ketika memasuki endemik bermula 1 April ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, berkata dalam masa sama, meskipun orang ramai sudah mendapat vaksinasi lengkap dan dos penggalak, ia juga tidak seharusnya menjadi alasan bagi semua untuk lupa akan beberapa SOP yang masih perlu diikuti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan pada Jumaat.
Pada majlis itu, Azhar juga menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa pegawai dan anggota nya serta orang awam dan media.