Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan pasang PoP fiber optik di 700 sekolah di Sabah
Published on: Sunday, March 27, 2022
Published on: Sun, Mar 27, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan pasang PoP fiber optik di 700 sekolah di Sabah
Tan Sri Annuar Musa
SANDAKAN: Kerajaan sedang memasang hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau Point of Presence (PoP) di 700 sekolah luar bandar di Sabah bagi memberi jaminan kestabilan perkhidmatan internet jalur lebar kepada penduduk di negeri ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata projek PoP fasa satu itu berupaya memastikan lebih banyak kawasan yang sebelum ini tidak memiliki capaian internet stabil menerima internet berkualiti tinggi.

Advertisement
“Sabah kita mendapati banyak lagi sekolah di luar bandar yang tidak ada gentian optik. Walaupun kita beri perkhidmatan internet dengan menggunakan wayarles atau satelit namun perkhidmatan begitu didapati tidak stabil dan tidak cukup kuat.

“Buktinya kita lihat dan baca berita ada orang di kawasan mereka tidak dapat line (talian) dan terpaksa panjat pokok, bukit dapat internet dan jawapan kepada permasalahan ini adalah kalau sekolah atau kawasan itu dapat dibekalkan dengan gentian optik maka perkhidmatan jalur lebar yang lebih stabil dapat diberikan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai program bersama usahawan ‘Jelajah #SayaDigital Bootcamp Batu Sapi di sini pada Sabtu.

Annuar berkata untuk Sabah, kerajaan perlu mengeluarkan belanja besar menerusi projek PoP berganding dengan program di bawah Jalinan Digital Negara (Jendela) supaya dalam tempoh dua tahun negeri itu menerima internet berkualiti tinggi 4G dan sebagai persediaan awal untuk rangkaian 5G.

Advertisement
“Sabah, Sarawak perlu dimajukan, apabila cakap 4G, wilayah ini mesti menerima pemodenan kerana kedua-duanya adalah lubuk emas bagi negara, kebanyakan hasil daripada Sabah, Sarawak dan tiada di negeri lain. Bajet perlu besar untuk Sabah, Sarawak sebab kedua-dua kawasan luas, kalau bagi RM1 untuk Kelantan tidak boleh RM1 juga untuk Sabah,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan juga membuka tender baharu membabitkan hampir 3,000 pemasangan PoP melibatkan lokasi terpilih termasuk sekolah dan kawasan industri yang menelan belanja RM4 bilion di seluruh negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here