Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Geran berjumlah RM6.16 juta untuk 1,027 KRT di Sabah
Published on: Sunday, March 27, 2022
Published on: Sun, Mar 27, 2022
Text Size:
Text:
Geran berjumlah RM6.16 juta untuk 1,027 KRT di Sabah
SHAHELMEY (tengah) bergambar kumpulan dengan wakil-wakil penerima.
Kota Kinabalu: Sebanyak 1,027 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang aktif di negeri ini menerima Geran Rukun Tetangga “Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia” berjumlah RM6.16 juta.Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya bagi memperkukuhkan peranan Komuniti Rukun Tetangga dalam komuniti setempat.
Advertisement
Jelasnya, geran yang diberikan dari Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah yang bernaung di bawah kementeriannya itu juga untuk memberi pengiktirafan kepada komuniti yang sentiasa bergerak aktif.
“Tahun ini, Kerajaan menyediakan Geran Rukun Tetangga sebanyak RM6. 16 juta kepada KRT Negeri Sabah iaitu RM6,000 kepada setiap KRT yang aktif di negeri ini.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia adalah bagi memperkukuhkan peranan KRT dalam komuniti melalui pelaksanaan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga yang merangkumi gerak kerja KRT Sejahtera, KRT Sihat, KRT Selamat serta KRT Bersih dan Indah,” katanya. Shahelmey berkata demikian Ketika merasmikan Majlis Penyampaian Geran Rukun Tetangga “Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia” dan Pelancaran Gerak Kerja Komuniti KRT Tahun 2022 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah di sini, Jumaat.

Advertisement
Shahelmey juga berharap agar semua KRT di negeri ini untuk terus aktif agar dapat membangunkan komuniti yang bermuafakat. “Kita amat mengharapkan agar KRT yang ada di negeri Sabah semua turut aktif dalam usaha untuk membangunkan komuniti, mengeratkan perpaduan dan juga mengeratkan integrasi nasional,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here