BEAUFORT: Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohammad Alamin berkata kementeriannya akan menyediakan dana kecemasan untuk membaiki kuarters guru SMK Weston yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha, dan kita sedang menunggu laporan mengenai struktur bangunan daripada Jabatan Kerja Raya dan kita akan menggunakan dana kecemasan untuk membina semula bangunan itu,” katanya selepas meninjau premis terbabit, di sini, Jumaat.
Advertisement





