Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Warga emas dilapor hilang
Published on: Wednesday, March 30, 2022
Published on: Wed, Mar 30, 2022
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Warga emas dilapor hilang
BEAUFORT: Seorang penoreh getah berumur 72 tahun dari Kg Kabajang, di sini, dikhuatiri hilang setelah tidak pulang selama tiga minggu.

Menurut seorang penduduk kampung itu, WKAN Hassan Wahid, lelaki yang dikenali sebagai Lee Thian Ong @ Candong (gambar)  itu tidak berada di rumah atau sekitar kawasan rumah serta kebun getahnya sejak tiga minggu lepas.

Advertisement
“Kami jug sudah mencarinya di kebun getahnya dan di kampung-kampung berhampiran dengan bantuan pihak polis dan JawatanKuasa Pembangunan  Komuniti Kampung (JPKK) serta penduduk tetapi masih gagal menemuinya sehingga ke hari ini,” katanya kepada Harian Ekspres pada Selasa.
Menurut Hassan, warga emas itu biasanya akan menjual getahnya kepada pembeli tetapi beliau sudah lama tidak muncul untuk menjual getahnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kehilangan lelaki berbangsa Cina itu yang amat mesra dan disenangi penduduk kampung menjadi tanda tanya.

“Kami bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku kepadanya,”kata Hassan.

Advertisement
Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui keberadaan warga emas itu agar menghubungi beliau di nombor 010-9553406 atau melaporkan ke balai polis berdekatan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here