Kota Kinabalu: Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) diingatkan supaya menambah baik perkhidmatan mereka kepada rakyat dan bukan hanya mengaut keuntungan, di tengah-tengah inisiatif kerajaan untuk menambah baik infrastruktur komunikasi negara.Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak ada bantahan untuk syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan besar, tetapi mereka perlu bertanggungjawab dengan melabur sebahagian daripada keuntungan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka, selaras dengan usaha pembangunan infrastruktur yang dijalankan kerajaan.
Advertisement





