Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Autonomi kepada Bersatu Sabah bantu rakyat
Published on: Thursday, March 31, 2022
Published on: Thu, Mar 31, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Autonomi kepada Bersatu Sabah bantu rakyat
Kota Kinabalu: Autonomi yang diberikan kepada Badan Pimpinan Bersatu Sabah dilihat telah digunakan sebaiknya untuk mentadbir dan melaksana usaha terbaik dalam membantu rakyat di negeri ini, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan (gambar).

Beliau berkata dengan kebebasan diberikan itu Badan Pimpinan Bersatu Sabah di bawah Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor telah berjaya merencana pelbagai inisiatif dalam memajukan negeri, seterusnya membantu rakyat Sabah.

Advertisement
Katanya, fokus Kerajaan Sabah dipimpin Hajiji pada masa ini adalah jelas mengenai kepentingan rakyat dan membangunkan negeri serta ekonomi iaitu sesuatu yang dicemburui negeri lain.

“Mungkin perkataan autonomi itu tidak digunakan secara rasmi, tetapi itulah secara praktiknya kebebasan membuat keputusan yang tepat dan sesuai untuk Sabah, kuasa itu digunakan dengan baik. Saya ucap syabas kerana berjaya menguruskan kepercayaan diberi ini,” katanya di sini malam Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Wan Saiful berkata demikian kepada pemberita pada satu majlis dialog bersama ketua-ketua penerangan bahagian parti itu yang turut dihadiri Ketua Penerangan Bersatu negeri Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Sementara itu, Khairul Firdaus ketika berucap pada majlis berkenaan berkata kebebasan Badan Pimpinan Bersatu Sabah untuk merencana hala tuju negeri bersama parti tempatan menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), merupakan bukti Bersatu Sabah mempunyai autonomi sebenar berbanding parti peringkat nasional yang lain.

Advertisement
“Bersatu Sabah ini telah bersifat tempatan, bagaikan Bersatu kahwin dengan orang Sabah dapat anak, itulah Bersatu Sabah, jadi kita bebas tentukan corak pentadbiran kita sendiri, tidak seperti parti nasional lain yang punyai kekangan, fokus kita untuk ahli Bersatu dan paling penting majukan Sabah untuk rakyat kita,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here