Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
5,911 rakyat Filipina masih berada di depot tahanan Sabah
Published on: Friday, April 01, 2022
Published on: Fri, Apr 01, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
5,911 rakyat Filipina masih berada di depot tahanan Sabah
Sebahagian dari tahanan yang dihantar ke Nunukan, Indonesia.
TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam usaha berbincang dengan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur berhubung rancangan penghantaran pulang warga republik itu seramai 5,911 yang sejak lebih setahun lalu berada di depot tahanan imigresen di negeri ini sehingga menyebabkan kesesakan.

Pengarah JIM Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata satu perjumpaan bersama pasukan kaunselor kedutaan terbabit dirancang untuk diadakan esok di sini bagi membincangkan perkara itu.

Advertisement
Beliau berkata kerajaan republik itu menetapkan peraturan agar warga mereka ini perlu menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan RT-PCR sebelum dihantar pulang dengan kos itu ditanggung pihak Filipina, namun difahamkan peruntukan itu belum disalurkan ke pihak kedutaan mereka.

“Tahanan Filipina ini sedia untuk diusir tetapi berhadapan masalah ini,  yang sepatutnya isu RT-PCR tidak timbul memandangkan tahanan ini sudah mendapat kemudahan vaksin Covid-19 lengkap termasuk dos penggalak, selain Malaysia dalam fasa peralihan endemik dan tahanan ini berada dalam kawasan terkawal, tidak bertemu orang luar,” katanya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pengusiran 236 tahanan warga Indonesia pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau di sini pada Khamis.

Sharifah Sitti Saleha berkata pihaknya merayu agar kerajaan Filipina memberi sedikit kelonggaran berhubung perkara berkenaan dan Imigresen Sabah juga telah menghantar surat kepada pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mencadangkan keluarga atau tahanan sendiri yang ingin menanggung kos RT-PCR dan tiket penerbangan bagi tujuan penghantaran pulang negara asal dibenarkan.

Advertisement
“Bila tidak berlaku pengusiran tahanan Filipina, ia menyebabkan berlaku kesesakan di depot tahanan imigresen negeri ini,  jika guna pendekatan kos ditanggung tahanan atau keluarga mereka adalah lebih efisyen dan membolehkan mereka balik ke negara asal... mereka ini juga sudah berada di depot tahanan lebih setahun,” katanya lagi.

Sementara itu beliau berkata penghantaran pulang tahanan Indonesia pada Khamis membabitkan 180 lelaki, 40 wanita serta 11 kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

Advertisement
“Terima kasih kepada Konsulat Republik Indonesia di Tawau yang sentiasa memberi kerjasama baik dalam proses pengusiran pulang rakyat Indonesia,” katanya sambil menambah seramai 312 tahanan Indonesia lagi akan dihantar pulang April ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here