Kota Kinabalu: Presiden parti tempatan baharu, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (Parti KDM), Datuk Peter Anthony, berharap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerima partinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.Bekas Naib Presiden Warisan itu berkata mereka masih belum menerima sebarang maklum balas daripada GRS sejak parti itu dilancarkan dan mengemukakan permohonan partinya untuk menyertai GRS pada 13 Mac tahun ini.





