RANAU: Ketika negara beralih kepada status endemik dan sempadan negara mula dibuka Jumaat lalu, orang ramai di daerah itu mengambil peluang untuk berpusu-pusu ke pasar hujung minggu di sini sambil tetap mematuhi SOP Covid-19.Tinjauan media di Tamu Sabtu di daerah ini di tepi Sungai Liwagu di sini menyaksikan peningkatan jumlah orang ramai serta penjual di tempat itu yang menjadi tumpuan sejak dua tahun lalu.





