Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pelajar Sabah antara enam penuntut Malaysia ke Harvard
Published on: Thursday, April 07, 2022
Published on: Thu, Apr 07, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pelajar Sabah antara enam penuntut Malaysia ke Harvard
Kuala Lumpur: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap kejayaan enam pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Harvard College, Amerika Syarikat sebagai satu pencapaian membanggakan buat negara.

Mengucapkan tahniah kepada semua bakal pelajar peringkat ijazah Sarjana Muda Universiti Harvard itu, perdana menteri turut mendoakan agar mereka beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Advertisement
“Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia,” katanya dalam catatan melalui akaun Facebooknya pada Rabu.

Keenam-enam pelajar itu ialah Chooi Je Qin dari Johor; Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang; Carisma Michaela Wong (gambar) dari Sabah; Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesemua pelajar berkenaan akan menamatkan pengajian di Harvard pada 2026.

Seorang daripada penemuduga Alumni Harvard College untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob dalam satu kenyataan berkata bilangan pelajar Malaysia yang diterima menuntut di institusi pengajian itu kali ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara.

Advertisement
Menurutnya, mereka dipilih daripada 61,220 pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang terendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here