Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Jumlah kes tidak banyak beza: Masidi
Published on: Thursday, April 07, 2022
Published on: Thu, Apr 07, 2022
Text Size:
Text:
Jumlah kes tidak banyak beza: Masidi
FotoBERNAMA.
Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 188 kes, penurunan 10 kes berbanding jumlah Selasa lalu.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah kes pada Rabu tidak banyak berbeza dengan jumlah Selasa lepas.
Advertisement
“Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah seimbang, masing-masing sebanyak 12 daerah.
“Tiga lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam (Selasa),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Masidi menambah, perubahan angka di kebanyakan daerah adalah pada jumlah yang kecil kecuali Beaufort dan Kota Kinabalu yang masing-masing mencatatkan penurunan 12 kes.

“Peratusan jangkitan sporadik terus naik dan hari ini (Rabu) iaitu hampir 62 peratus berbanding 58 peratus semalam.
Advertisement
“Lebih separuh daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama jangkitan baharu di daerah-daerah tersebut,” katanya sebelum menambah, antaranya ialah Kota Kinabalu (83 peratus), Penampang (78 peratus) dan Beaufort (80 peratus).

Sementara itu, tujuh daerah mencatatkan kes dua angka dan 17 daerah lagi mencatatkan kes satu angka sementara tiga daerah iaitu Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak merekodkan sebarang kes baharu pada Rabu.

Advertisement
“Sebanyak 183 atau 97.34 peratus daripada 188 kes pada Rabu adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, dua kes lagi dalam Kategori 4 dan hanya satu kes dalam Kategori 5,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here