Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Macau scam: 65 kes pengeluaran Tabung Haji, kerugian RM3.6j
Published on: Thursday, April 07, 2022
Published on: Thu, Apr 07, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Macau scam: 65 kes pengeluaran Tabung Haji, kerugian RM3.6j
Kemudahan fasiliti perbankan internet Tabung Haji yang dihubungkan dengan bank-bank konvensional yang lain telah membolehkan perkara ini berlaku, kata polis. (Gambar fail)
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia telah mengesan taktik baharu sindiket Macau Scam untuk mengeluarkan wang daripada akaun Tabung Haji mangsa yang dihubungkan dengan akaun bank konvensional.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat ini pihaknya telah mengesan 65 kes seumpama itu melibatkan kerugian berjumlah RM3,599,275.46.

Advertisement
Mohd Kamarudin berkata siasatan pihaknya mendapati perkara itu berlaku apabila mangsa mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada individu tidak dikenali yang menyamar sebagai anggota pihak berkuasa.

"Kemudahan fasiliti perbankan internet Tabung Haji yang dihubungkan dengan bank-bank konvensional yang lain telah membolehkan perkara ini berlaku.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Sindiket ini terlebih dahulu akan membuat panggilan dan menakutkan mangsa dengan dakwaan terlibat dalam aktiviti jenayah dan tunggakan kad kredit dan untuk tujuan siasatan mangsa perlu mendedahkan maklumat perbankannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Kamarudin susulan pendedahan maklumat perbankan itu, mangsa bukan sahaja kehilangan duit dalam akaun bank konvensional kepada sindiket itu tetapi juga duit dalam akaun Tabung Haji yang dihubungkan dengan bank konvensional berkenaan.

Advertisement
Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat perbankan masing-masing dan memghubungi  CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 untuk sebarang nasihat dan maklumat lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here