Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jumlah jangkitan harian semakin terkawal: Masidi
Published on: Friday, April 08, 2022
Published on: Fri, Apr 08, 2022
Text Size:
Text:
Jumlah jangkitan harian semakin terkawal: Masidi
Kota Kinabalu: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Sabah pada Khamis tidak banyak berubah berbanding angka Rabu lalu, kata Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.Menurut beliau, Sabah mencatatkan kes baharu sebanyak 176, iaitu 12 kes lebih rendah berbanding hari sebelumnya.

Advertisement
“Pergerakan turun naik kes baharu di hampir semua daerah adalah pada jumlah yang kecil.
“Kecuali Tuaran, daerah-daerah yang berdekatan dengan ibu negeri mencatat pertambahan kes baharu yang marginal dengan Kota Kinabalu mencatat pertambahan 10 kes kepada 40, Penampang 27 (+4), Papar 13 (+4), Putatan 12 (+1) dan Tuaran 10 (-4),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, lima daerah mencatat kes baharu dua angka dan 20 daerah merekodkan kes jangkitan baharu di antara 1 hingga 7 kes. “Daripada 20 daerah tersebut, jumlah jangkitan baharu di 14 daerah adalah kurang daripada 5 kes. Tidak ada kes baharu di Kunak dan Kalabakan,” katanya.

Advertisement
Jumlah jangkitan baharu yang semakin rendah dan terkawal sedikit sebanyak disebabkan oleh peratusan jumlah penduduk yang telah melengkapkan pengambilan vaksin semakin tinggi. “Walaupun jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu 67 pada Khamis, jumlah jangkitan harian semakin terkawal kerana keberkesanan perlindungan vaksin serta tahap pematuhan yang baik dalam kalangan masyarakat ke atas semua SOP,” tambahnya.

Advertisement
Sementara itu, 172 orang daripada 176 pesakit baharu pada Khamis adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Empat pesakit dalam Kategori 3.

“Tiada pesakit dalam Kategori 4 dan Kategori 5 pada Khamis,” kata Masidi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here