Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kesalahan dadah: 20 dipenjara, didenda
Published on: Friday, April 08, 2022
Published on: Fri, Apr 08, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Kesalahan dadah: 20 dipenjara, didenda
Kota Kinabalu: 20 orang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

15 daripada mereka – Zulshane Nurhusin, Rosli Saleh, Restim Mobin, Peter Maja, Aldin Amil, Jonatan Jusrin, Mory Jamal, Kely Polo, Sani Mohamad, Roni Romi, Azlan Jalin, Ziri Masi, Hardi Poniman, Ali Mikadi dan Mansur Hassan mengaku bersalah mengambil syabu di lokasi berasingan di sini dan di Penampang, antara 6 Ogos 2021 dan 13 Feb tahun ini.

Advertisement
Zulshane dan Rosli masing-masing didenda RM2,800 atau penjara enam bulan, Ali dan Mansur masing-masing dipenjara enam bulan manakala selebihnya masing-masing dipenjara lapan bulan.

15 tertuduh ini melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lima lagi tertuduh ialah Freddy Hamid, Azman Jamil, Elson Wong, Hasan Osman dan Azlan Alidin yang mengaku secara berasingan memiliki syabu dengan berat antara 0.02 gram dan 4.61 gram, antara 17 April 2021 dan 23 Jan tahun ini.

Wong didenda RM5,400 atau penjara 26 bulan, Azlan dipenjara 14 bulan, Azman dipenjara lapan bulan sementara Freddy dan Hasan masing-masing dipenjara tujuh bulan.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit dan Kelvan Elson Maik di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie dan Lovely Natasha Charles.

Sementara itu, dua penganggur didakwa menyembunyikan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dicuri.

Advertisement
Mohd Azzali Hamri, 23, dan Nasri Hassan, 31, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 1.30 tengah hari 16 Mac tahun ini di tepi jalan Timbok berhampiran sebuah restoran di Tuaran.

Tiada pengakuan direkodkan daripada dua tertuduh, yang hadir di hadapan Stephanie melalui persidangan video.

Suzie dalam memohon tarikh baharu membantah ikat jaminan untuk Azzali atas sebab terdapat waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya di Papar dan mencadangkan ikat jamin RM6,000 untuk Nasri.

Mahkamah menetapkan 14 April untuk pengakuan kedua-dua mereka diambil di mahkamah terbuka.

Azzali diperintah reman sementara menunggu tarikh tersebut manakala Nazri ditawarkan ikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan tujuh tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here