Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Badak, Datuk Ong Kim Swee mahu pemain-pemainnya mengekalkan momentum kemenangan apabila mereka bertemu Sarawak United di Stadium Negeri di Kuching malam ini.Sabah FC sedang memburu kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan liga selepas kemenangan ke atas PJ City FC dan Melaka United dalam dua perlawanan terakhir mereka.





