Kota Kinabalu: Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mistirine Radin amat menghargai kesungguhan guru dan kakitangan SK Pengaraan yang menempuh perjalanan 18 jam berjalan kaki untuk sampai ke sekolah mereka di Nabawan.“Syabas kepada guru-guru saya,” katanya ketika dihubungi, Sabtu. Guru-guru itu memulakan perjalanan mereka pada pukul 11 pagi dan hanya sampai pada pukul 6 pagi esoknya, dalam keadaan basah kuyup kerana hujan.





