Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Budak rentung dalam kebakaran
Published on: Monday, April 11, 2022
Published on: Mon, Apr 11, 2022
By: Efa Rizan
Text Size:
Text:
Budak rentung dalam kebakaran
LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Kampung Tanjung Labian, Sungai Bilis, pada Ahad.

Budak lelaki itu, dikenali sebagai Abu Bakar Ash Siddiq Rajesh, sedang tidur ketika kebakaran berlaku kira-kira jam 11.00 pagi.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.05 pagi melalui MERS999.

Sumsoa berkata, sepasukan anggota bomba dengan jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 120 kilometer dari balai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Balai Lahad Datu telah memaklumkan kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda Sahabat yang kemudiannya mengerahkan lima anggota ke lokasi dan tiba pada 12.43 tengah hari.

“Kejadian membabitkan dua rumah yang terbakar sepenuhnya.

Advertisement
“Pasukan itu menemui mayat kanak-kanak lelaki tersebut yang rentung di dalam salah sebuah rumah dan mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya sebelum menambah, operasi berakhir pada jam 2.40 petang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here