Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Phan Chee Yong kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah
Published on: Monday, April 11, 2022
Published on: Mon, Apr 11, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Phan Chee Yong kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah
PHAN (duduk keempat dari kiri) bersama jawatankuasa baharu.
Kota Kinabalu: Phan Chee Yong dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah berikutan Mesyuarat Agung Tahunan mereka untuk memilih pemegang jawatan baharu bagi 2022-2024 yang diadakan di Penampang pada Ahad.

Jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Chee Chi Nyen dengan Fung Chun Fatt, Chang Mok Shing, Lim Chee Yean dan Ho Shin Yung sebagai Naib Presiden.

Advertisement
Lee Chung Ming kekal sebagai Setiausaha Agung dan Wong Chung On sebagai pembantunya sementara jawatan Bendahari disandang oleh Ng Choi Len dan dibantu oleh Yap Mah Chun.
Ahli jawatankuasa ialah Tai Ket Hau, Voon Tze Vun, Chang Zhi Wei dan Datin Shim Nyat Yun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Phang Jye Yenn turut dilantik sebagai penasihat persatuan dan Wong Tien Su sebagai Pengerusi Eksekutif.

Phan dalam ucapannya menyeru penaja agar meneruskan sokongan mereka walaupun ekonomi mengalami kemelesetan akibat pandemik.

Advertisement
“Bola keranjang sentiasa disokong oleh penaja dari semua sektor dan saya harap sokongan kewangan akan berterusan supaya pembangunan sukan itu di negeri ini akan kembali berjalan,” katanya.

Beliau juga berkata dengan pertandingan bola keranjang dibenarkan kembali bermula Jun, Sabah akan mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan kebangsaan tahun ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here