Kota Kinabalu: Sabah FC menewaskan Sarawak United 1-0 di Stadium Negeri di Kuching pada malam Ahad lalu untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super musim ini.Sabah memulakan perlawanan secara agresif dan berpeluang mendahului dengan satu gol pada minit pertama namun pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama menyaksikan tandukannya dari jarak dekat melepasi palang.
Advertisement





