Kota Kinabalu: Tiada yang perlu dirisaukan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) berkaitan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengeluarkan kad pengenalan rakyat asal Sabah (IC Sabah).Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah, Jalumin Bayogoh, berkata Warisan pada awal penubuhannya telah juga meletakkan agenda pengeluaran IC Sabah sebagai salah satu matlamat perjuangan.





