Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Eksekutif jualan bebas tuduhan gelapkan 386 tong gas
Published on: Wednesday, April 13, 2022
Published on: Wed, Apr 13, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Eksekutif jualan bebas tuduhan gelapkan 386 tong gas
WONG (kanan) bersama peguamnya.
Kota Kinabalu: Seorang eksekutif jualan berumur 31 tahun dibebaskan daripada tuduhan menggelapkan 386 tong gas bernilai RM66,932.40, tanpa memintanya membela diri.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad melepaskan dan membebaskan Wong Ming Teck selepas memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Wong.

Advertisement
Wong dituduh menggelapkan tong gas itu untuk kegunaan sendiri pada pukul 10 pagi 25 Mei 2019 di Syarikat Borneo Kontena di Sipitang.

Tuduhan menyatakan bahawa tong-tong gas itu adalah milik Syarikat Borneo Kontena.Q

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun, serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan telah memanggil empat saksi semasa perbicaraan.

Advertisement
ASP Hasnan Abidin mengendalikan pendakwaan sementara peguam Sylyester Kuan mewakili Wong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here