Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
RM4.1j lagi ditemui dalam kereta lain
Published on: Friday, April 15, 2022
Published on: Fri, Apr 15, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
RM4.1j lagi ditemui dalam kereta lain
Tahir
Kota Kinabalu: Mahkamah Khas Rasuah mendengar bahawa wang tunai RM4.1 juta lagi ditemui di dalam kereta mewah yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat tetapi digunakan bekas pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib.

Saksi ke-12 pendakwaan, Ag Md Ihsam Ag Mahmud, 43, seorang
Advertisement
pengarah syarikat, mengesahkan dalam kenyataan saksinya bahawa sebuah Mercedes-Benz C300 didaftarkan di bawah syarikatnya tetapi dia tidak membawa kereta itu kerana dalam pengetahuannya, seseorang bernama Mohd Hussainy telah memberitahunya bahawa kereta itu digunakan oleh pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir.

Saksi itu juga mengesahkan bahawa Hussainy telah memberitahunya untuk menggunakan nama syarikatnya untuk membeli sebuah Mercedes-Benz untuk diberikan kepada pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ag Mohd Ihsam berkata Hussainy telah menghubunginya untuk bertemu di Asia City sebelum membawanya ke kedai Mercedes-Benz di mana dia diberi borang untuk ditandatangani.

Menjawab soalan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Haresh Prakash Somiah, saksi itu berkata RM4.1 juta yang ditemui di dalam Mercedez Benz pada 4 Oktober 2016 itu bukan miliknya atau syarikatnya.

Advertisement
Ag Mohd Ihsam berkata kereta itu bersama Ag Mohd Tahir pada 4 Oktober 2016.

Terdahulu pada 13 April, abang kepada Ag Mohd Isham, Ampuan Hassim Ampuan Mahmot, 55, yang merupakan saksi ke-11 pendakwaan, turut menafikan pemilikan wang tunai RM9.1 juta yang ditemui di dalam kereta Mazda6, yang didaftarkan di bawah nama syarikatnya.

Advertisement
Ampuan berkata wang tunai RM9.1 juta yang ditemui di dalam kereta tersebut pada 4 Okt 2016 bukan miliknya atau syarikatnya, kerana ia (Mazda6) berada di bawah jagaan Ag Mohd Tahir ketika itu.

Kereta Mazda6 itu adalah antara tiga kenderaan mewah yang didaftarkan di bawah syarikat Ampuan yang dibeli oleh Ag Mohd Tahir, kata Ampuan, yang membenarkan nama syarikatnya digunakan oleh Ag Mohd Tahir untuk membelinya berdasarkan hubungan keluarga mereka.

Memberi keterangan lanjut, Ag Mohd Ihsam berkata dia tidak pernah menggunakan Mercedez Benz dengan plat pendaftaran SD66J kerana ia digunakan oleh Ag Mohd Tahir.

Ketika diperiksa balas oleh peguam Marcel Jude yang mewakili Ag Mohd Tahir, saksi itu bersetuju dengannya bahawa dia tidak ambil kisah nama syarikatnya digunakan untuk membeli kereta itu atau syarikatnya bankrap jika orang itu tidak membuat pembayaran.

Ag Mohd Ihsam menjelaskan semasa pemeriksaan semula bahawa dia bersetuju melakukan semua itu atas dasar kepercayaan terhadap Ag Mohd Tahir yang menggunakan nama syarikatnya.

Dalam perbicaraan ialah Ag Mohd Tahir, 58, isterinya Fauziah Piut, 55, dan bekas timbalan pengarah jabatan itu Lim Lam Beng, 66, yang pada 29 Dis 2016 mengaku tidak bersalah kepada 37 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan RM61.57 juta.

Sementara itu, saksi ke-13 pendakwaan, Adam Breimo, memberitahu mahkamah dia bersetuju membenarkan Ag Mohd Tahir menggunakan namanya untuk membeli sebuah kereta Audi sebagai tanda penghargaan peribadinya kerana Ag Mohd Tahir banyak memberi nasihat kepadanya semasa bercerai dengan bekas isterinya pada 2011.

Adam, 46, seorang pengarah syarikat, menambah bahawa ia juga berdasarkan kepercayaan dan dia tidak bimbang Ag Mohd Tahir tidak akan dapat membayar balik pinjaman kereta itu.

Adam memberi keterangan bahawa sejak kereta itu dibeli pada 2011 ia bersama dengan Ag Mohd Tahir dan dia tidak pernah menggunakan kereta itu, menambah kereta itu ada dengan tertuduh pada 4 Okt 2016.

Kepada soalan oleh DPP Mahadi Abdul Jumaat mengenai harga sebenar kereta itu, Adam berkata ia mungkin RM160,000, sambil menambah dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan bank itu sejak pembeliannya.

Adam dalam keterangan saksinya, menyatakan dia mula mengenali Ag Mohd Tahir pada 2006 di pameran Asia Water dan menjadi rapat dengan Ag Mohd Tahir selepas berkahwin dengan bekas isterinya.

Adam menambah, pada awal Ogos tahun yang sama, Ag Mohd Tahir telah meminta dia menghantarnya ke bilik pameran Audi Centre di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana dia berhasrat membeli kereta.

Adam berkata jurujual kemudian meminta dokumen peribadinya untuk memproses pinjaman bank dan seterusnya membeli Audi A1 1.4 TFSI berwarna merah, dengan nombor plat pendaftaran SAB66F.

“Saya telah memberi isyarat kepada Ag Mohd Tahir supaya membayar wang pendahuluan yang banyak supaya saya tidak menghadapi risiko tinggi sekiranya dia tidak membayar hutang kereta daripada bank. Saya tidak pasti bagaimana dia membuat bayaran muka,” kata Adam.

Dia menambah, selepas urusan pembelian itu selesai, Ag Mohd Tahir kemudian membuat urusan untuk menghantar kereta itu sendiri ke Sabah dan dia tidak pernah ambil peduli tentang perkara seperti cukai jalan, insurans kereta dan penyelenggaraan, yang semuanya diuruskan oleh Tahir.

Adam menambah, dia tidak pernah menggunakan kereta itu kerana tidak berminat dengannya, dan ia digunakan oleh Tahir. Ketika pemeriksaan balas oleh Marcel, Adam berkata dia tidak ingat bank mana yang memberi pinjaman, tempoh pinjaman, ansuran bulanan dan sebagainya.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan, Adam menjelaskan kes itu sudah terlalu lama.

Dia tidak dapat menahan sebak apabila mengatakan isterinya sekarang menghidap kanser dan sudah dua tahun dia tidak dapat beri tumpuan.

Menjawab soalan, Adam berkata dia tidak bimbang mengenai pinjaman kereta itu kerana jika pinjaman itu dibuat pada 2011, biasanya ia sepatutnya sudah habis dibayar sekarang.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Marcel Jude manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Karpaljit Singh mewakili Lim.

Perbicaraan akan diteruskan pada 25 April.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here