Kota Kinabalu: Persatuan Menembak Sabah (SSA) meminta lebih banyak dana dan sumber daripada kerajaan negeri untuk meningkatkan sukan itu di Sabah.Presidennya, Tan Sri T.C Goh, yang juga seorang ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) membuat gesaan itu selepas satu mesyuarat pada Khamis dengan atlet menembak Thomas Kiu yang baru memenangi pingat emas dalam acara trap di Kejohanan Menembak Selangor 2022 baru-baru ini.





