SESI saringan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2022 akan diadakan pada 24 April ini, jam 10 pagi di Dewan Datuk Patrick Jilan, Kampung Selupoh, Tuaran.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2022, Herman Tunggiging berkata, pihaknya menerima pendaftaran lebih 30 peserta pada selasa lalu.





