Parti Warisan Sabah (Warisan) bukan sahaja mencari calon yang boleh menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tetapi turut menekankan calon yang akan bekerja sepenuh hati untuk rakyat.Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Warisan akan meneliti secara menyeluruh karakter calon sebelum memilih mereka mewakili parti.
Beliau berkata pemilihan calon menjadi isu yang sangat ditekankan oleh Warisan kerana parti itu mahu wakil rakyat Warisan komited sepenuhnya kepada rakyat.
“Kita tidak mahu calon yang boleh menang semasa PRU tetapi lompat parti lain selepas itu. Kita juga tidak mahu calon yang menang semasa PRU tetapi tidak berkhidmat untuk rakyat selepas itu.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.






