Kota Kinabalu: 10 orang didakwa bersubahat dengan seorang wanita dalam mengeluarkan penyata bank palsu kepada Jabatan Pendidikan Sabah bagi mendapatkan kontrak bernilai jutaan ringgit untuk membekalkan makanan siap masak ke asrama dan sekolah di beberapa daerah di sekitar negeri ini.10 tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, manakala wanita itu, Rita Pangeran, 31, meminta dibicarakan bagi 50 pertuduhan terhadapnya pada Isnin.





