Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lebih separuh adalah jangkitan sporadik 
Published on: Wednesday, April 20, 2022
Published on: Wed, Apr 20, 2022
Text Size:
Text:
Lebih separuh adalah jangkitan sporadik 
Kota Kinabalu: Jumlah kes baharu di Sabah meningkat kepada 79 pada Selasa berbanding 58 kes pada hari sebelumnya, kata Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Daripada jumlah itu, katanya, 55.7 peratus adalah jangkitan sporadik manakala 18.99 peratus dari kontak rapat.

Advertisement
“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jumlah kes harian dijangka berlegar sekitar 60 hingga 150 kes.

“Peningkatan dan penurunan kes di hampir semua daerah adalah kecil. Pada Selasa, 16 daerah mencatatkan peningkatan kes manakala empat mencatatkan penurunan,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Masidi berkata Kota Kinabalu adalah satu-satunya daerah yang mencatatkan angka dua angka dengan 26 kes, diikuti Sandakan (6), Penampang (5) dan Beaufort (5).

“Sebanyak 22 daripada 27 daerah mencatatkan angka satu digit, di mana 16 daripadanya masing-masing merekodkan satu atau dua kes. Empat daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” kata Masidi.

Advertisement
Tiada kematian atau kluster baru dikenal pasti pada hari Selasa.

Masidi berkata majoriti kes adalah ringan, dengan 72 daripada 79 adalah kategori satu dan dua jangkitan.

Advertisement
“Dua kes dalam kategori tiga, tiga dalam kategori empat dan dua dalam kategori lima,” tambahnya.

Mengenai program imunisasi Sabah, 4,115 mengambil vaksin mereka pada 18 April yang mana 975 daripadanya adalah dewasa, 221 adalah remaja dan 2,919 adalah kanak-kanak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here