Kota Kinabalu: Lima pemain futsal wanita dari Sabah disenaraikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menjalani kem latihan pusat Sukan SEA di Arena Futsal FAM di Kelana Jaya dari 24 April hingga 2 Mei.Asma Junaidi, Shereilynn Elly Pius, Usliza Usman, Masturah Majid dan Haindee Mosroh merupakan antara 20 pemain dalam senarai yang dikeluarkan oleh FAM pada Isnin lalu, dengan seorang lagi pemain Sabah, Ji Fedalliah Clarrita Jaimin diletak dalam senarai tunggu sedia.
Advertisement





