Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sandakan catat 78 kes denggi sejak Jan
Published on: Thursday, April 21, 2022
Published on: Thu, Apr 21, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Sandakan catat 78 kes denggi sejak Jan
Johari
SANDAKAN: Daerah ini mencatatkan 78 kes demam denggi yang dilaporkan sejak Januari hingga 18 April, berbanding hanya 38 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas, kata Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar.

Johari berkata, rekod juga menunjukkan peningkatan sebanyak 105.3 peratus pada Mac, dengan satu kematian direkodkan dari Kampung Tinusa 2 Laut.

Advertisement
“Dalam tempoh sama, terdapat 18 lokaliti aktif dengan lima lokaliti wabak dan 13 lokaliti dengan satu kes, sementara wabak tidak terkawal dilaporkan di Kg Pg Galpam dengan lima kes.

“Di Pangeran, kes terbanyak dilaporkan di Taman Fajar dengan 11 kes, LPPB Sri Taman (empat kes), sementara Taman Kenari dan Taman Megah Jaya masing-masing merekodkan dua kes.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Satu kes dilaporkan masing-masing di Kg Bahagia, Taman Permata, Bandar Ramai-Ramai, Taman Pertama, Kg Berhala Darat Zon B, Kg Bokara, Taman Mesra, Kg Tinusa 2 Darat, Taman Khaya, PPR Sg Manila, Flat Indah Jaya, Taman Nuri dan PPR Taman Harmoni,” katanya.

Menurut Johari, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Kg Bahagia juga masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi,” jelasnya.

Advertisement
Beliau berkata demikian sejurus mengadakan lawatan rumah ke rumah di Taman Fajar pada Rabu.

Hadir sama, ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Fajar dan Pasukan COMBI taman itu.

Advertisement
Dalam pada itu, Johari berkata, terdapat beberapa isu yang dikenalpasti dalam aktiviti kawalan denggi iaitu tiada penghuni semasa semburan asap dan pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk. “Kita juga kurang mendapat kerjasama daripada penghuni dengan tidak membenarkan petugas kesihatan masuk ke dalam rumah bagi kawasan yang kita kenal pasti, selain penutup lubang jalan atau parit yang sukar dibuka dan sempit yang menyukarkan semburan asap dibuat,” jelasnya.

Terdapat juga kebun-kebun di kawasan taman perumahan yang tidak diketahui pemilik turut menyukarkan proses pemusnahan tempat pembiakan semula jadi. Johari turut menasihatkan orang ramai agar melakukan pembersihan di rumah bagi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Menurut Johari, banyak rumah yang bakal ditinggalkan menjelang Hari Raya kerana ramai yang akan bercuti.

“Sebelum balik kampung, pastikan tiada bekas-bekas seperti baldi, besen atau bekas yang boleh menakung air dan letakkan bahan pembunuh jentik-jentik seperti abate di pam tandas dan tangki simpanan air bagi mencegah pembiakan nyamuk.

“Telur nyamuk aedes mampu bertahan antara enam hingga sembilan bulan meskipun air kering dan berair semula dari takungan, dan penting bagi semua untuk menghapuskan pembiakan nyamuk ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here