Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pan Borneo: Kementerian Kerja Raya harap tiada lagi penangguhan
Published on: Friday, April 22, 2022
Published on: Fri, Apr 22, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pan Borneo: Kementerian Kerja Raya harap tiada lagi penangguhan
TELUPID: Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap tiada lagi penangguhan dalam menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo setelah negara kini dalam Fasa Peralihan ke Endemik, kata Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan pandemik Covid-19 menjadi punca utama penangguhan pembinaan lebuh raya itu menyebabkan penyenggaraan beberapa jalan dalam jajaran Pan Borneo itu juga tertangguh.

Advertisement
“Apabila kerajaan melaksanakan PKP, terdapat beberapa masalah seperti kekurangan pekerja, kekurangan bahan, penutupan kilang, dan sebagainya, tetapi sekarang tidak ada lagi PKP jadi kita boleh melaksanakan kerja.

“KKR akan sentiasa memantau dan mendapatkan laporan perkembangan pelaksanaan setiap bulan bagi memastikan pihak kontraktor akan menyiapkan kerja mengikut skop dan jadual yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa pakej kerja projek lebuh raya itu dekat sini pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arthur turut meminta rakyat agar bersabar sementara pelaksanaan projek itu disambung semula demi keselesaan rakyat pada masa hadapan, terutama di jajaran Sandakan-Telupid yang beberapa laluan mengalami kerosakan teruk.

Menurutnya, kontraktor telah memulakan kerja menurap jalan agar selamat untuk pengguna jalan raya, namun tidak menafikan tetap ada ketidakselesaan dialami pengguna jalan itu, yang merupakan di bawah skop pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Advertisement
“Bagaimanapun, ketidakselesaan ini bersifat sementara sahaja sewaktu kerja pembinaan untuk Pan Borneo. Pada masa yang sama, status pelaksanaannya sedang berjalan dengan agak baik,” tambahnya.

Jalan Sandakan-Telupid sepanjang 58 km merupakan jajaran di bawah pakej kerja 28, 29 dan 30 Projek Lebuhraya Pan Borneo, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada November tahun lepas, dengan kos pembinaan sebanyak RM877 juta.

Advertisement
Skop pembinaan jalan itu melibatkan kerja menaik taraf jalan daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala dan terdapat juga pembinaan tiga jambatan baharu dan satu persimpangan bertingkat. Pakej kerja tersebut dijangka mengambil masa tiga tahun dan dijadual siap pada Oktober 2024.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here