Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kes baharu di Sabah kembali melonjak kepada tiga angka
Published on: Saturday, April 23, 2022
Published on: Sat, Apr 23, 2022
Text Size:
Text:
Kes baharu di Sabah kembali melonjak kepada tiga angka
Kota Kinabalu: Jumlah jangkitan baharu di Sabah melonjak kepada 149 kes pada Jumaat, pertambahan 64 kes berbanding Khamis lalu, kata Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata pertambahan jumlah kes secara mendadak itu berpunca daripada dua faktor utama.

Advertisement
“Pertama, kluster baharu pendidikan yang diisytiharkan pada Jumaat dan melibatkan pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Sains di Lahad Datu dan setakat ini melibatkan 39 pelajar.
“Faktor kedua ialah jumlah daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu bertambah daripada lapan daerah kelmarin (Khamis) kepada 17 daerah hari ini (Jumaat). Cuma enam daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih rendah daripada sebelumnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Empat daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Lahad Datu 40 kes (+36), Sandakan 18 kes (+11), Kota Kinabalu 13 kes  (-14) dan Penampang 10 kes (+7). “Sebanyak 19 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 14 daerah merekodkan kes baharu kurang daripada 5 kes, manakala empat daerah lain iaitu Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya.

Advertisement
Satu kluster baharu diisytiharkan pada Khamis di Lahad Datu, melibatkan 39 pelajar Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here