FANZI Ruji teruja dengan perayaan Pesta Kaamatan tahun ini. Dia seronok dan gembira kerana buat pertama kali dalam hidupnya, dia akhirnya berjaya mencipta sebuah lagu Kaamatan yang akan dikeluarkan untuk diperdengarkan kepada orang ramai seminggu sebelum Mei ini.“Dari dulu lagi saya mahu mencipta lagu Kaamatan tetapi idea dan inspirasi tidak pernah bertandang dalam hati saya,” katanya menambah bahawa dia kini dalam proses akhir untuk mengemaskan lagu itu bagi memastikan mutunya supaya mendapat sambutan nanti.
Menurut penyanyi dari Ranau ini, lagu bertajuk Kaamatan Ada Dimana-mana itu lahir hasil inspirasi daripada single baru Velvet dan Marsha bertajuk ‘Aramaiti’ yang dianggapnya sebagai satu karya yang hebat.
Advertisement





