Kota Kinabalu: Kesesakan lalu lintas di banyak kawasan di bandaraya ketika ini memang dijangka menjelang hujung Ramadan, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri, Supt Mohd Zamzuri Mohd Isa.Terperangkap selama berjam-jam dalam suasana cuaca panas sudah menjadi perkara harian kebelakangan ini sehingga sesetengah orang sanggup tinggal di pejabat sehingga larut malam.





