Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
200,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung: Hajiji
Published on: Sunday, April 24, 2022
Published on: Sun, Apr 24, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
200,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung: Hajiji
SIPITANG: Kerajaan Sabah menerusi inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sedang berusaha mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak mungkin agar rakyat Sabah tidak perlu berhijrah ke tempat lain, termasuk ke Semenanjung Malaysia, untuk mencari pekerjaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ketika ini hampir 200,000 rakyat Sabah sedang bekerja di Semenanjung Malaysia.

Advertisement
"Inilah sebabnya mengapa kerajaan Sabah di bawah pimpinan GRS-BN memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan negeri yang mesra pelabur bagi menarik pelaburan asing untuk datang. Kita mahu bawa masuk pelabur ke Sabah supaya kita dapat wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum belia kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 10 syarikat utama telah menandatangani Memorandun Persefahaman (MoU) untuk melabur dalam Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip) dengan pelaburan berjumlah berbilion ringgit, yang apabila siap, akan memberi manfaat terus kepada orang ramai terutama belia, menerusi penawaran peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran di peringkat awal pembangunannya, kerajaan negeri berjaya mewujudkan Hala Tuju SMJ, yakni rancangan lima tahun bagi memajukan Sabah, yang dilancarkan hanya dalam tempoh enam bulan selepas kepimpinan baharu mentadbir negeri.

"Dalam tempoh sekitar setahun menerajui kerajaan negeri, kita telah berjaya menarik kehadiran ramai pelabur untuk datang jke sini, dan ada yang telah pun menandatangani perjanjian untuk memulakan operasi di Sabah” katanya.

Advertisement
Antara projek berimpak tinggi yang telah dilaksanakan adalah dua di kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu Industrial (KKIP) dan satu lagi di Paitan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here