Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rakyat Sabah diingatkan kekal patuhi SOP sepanjang Aidilfitri
Published on: Monday, April 25, 2022
Published on: Mon, Apr 25, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Rakyat Sabah diingatkan kekal patuhi SOP sepanjang Aidilfitri
Kota Kinabalu: Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, rakyat Sabah diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, sebagai usaha membendung penularan Covid-19.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya berkata menjadi tanggungjawab rakyat untuk terus bersama-sama membendung wabak itu, meskipun terdapat kelonggaran SOP selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lepas.

Advertisement
“Walaupun kita dapat berkumpul beramai-ramai secara bersemuka, jangan kita lupa kita masih perlu mematuhi SOP Covid-19 digariskan kerajaan dari semasa ke semasa dalam pergaulan harian kita.

“Jaga kesihatan dan keselamatan. Patuhi SOP agar kita dapat menunaikan tanggungjawab membendung penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim, sukarelawan dan pengamal media, anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat di sini, malam Ahad.

Pada majlis itu, Shahelmey turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa kuih-muih dan kurma kepada 34 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim As-Sakinah.

Advertisement
Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan malam Ahad berkata hampir 57 peratus daripada 60 kes baharu pada Ahad adalah jangkitan sporadik berbanding 26.7 peratus yang dikesan melalui saringan kontak rapat.

Masidi berkata statistik itu adalah satu peringatan bahawa risiko jangkitan di tempat awam yang penuh sesak, masih tinggi.

Advertisement
“Justeru, amatlah disarankan agar masyarakat mematuhi semua SOP ketika berkunjung ke pusat beli-belah dan bazar Ramadan bagi mengurangkan risiko jangkitan,” katanya yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan Covid-19.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here