Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
PRU15: PKR Sabah alu-alukan kerjasama dengan Warisan
Published on: Monday, April 25, 2022
Published on: Mon, Apr 25, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
PRU15: PKR Sabah alu-alukan kerjasama dengan Warisan
TAWAU: PKR Sabah sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew berkata kerjasama itu penting bagi membentuk satu pakatan politik yang kuat dalam mengatasi pihak lawan sepertimana pada PRU ke-14 (PRU14), iaitu kerjasama Warisan Plus dan Pakatan Harapan Plus.

Advertisement
“Ada cakap-cakap Warisan akan jalan sendiri (bertanding sendirian) tetapi kita punya pandangan kita sentiasa alukan kerjasama kerana sudah sampai masa dan kita tidak boleh lawan sendiri sahaja, mesti bersama baru kita boleh bentuk kekuatan.

Lawan kita bukan alang-alang, mereka agak kuat maka kita kena bersatu bagi membolehkan kita fokus dan menang kerusi, harapnya kita boleh menang kerajaan balik...politik itu unik dan parti politik sentiasa ada pilihan,” katanya kepada pemberita selepas program agihan juadah berbuka puasa di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ditanya sama ada akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Tawau pada PRU15, Liew menjawab “mudah-mudahan” sambil berterima kasih kepada petugas Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau kerana bekerja keras memastikan kesejahteraan penduduk kawasan berkenaan.

Beliau berkata PKR Sabah masih belum menentukan jumlah kerusi akan ditandingi pada PRU akan datang, dan akan mengadakan perbincangan dengan rakan Pakatan Harapan iaitu DAP, Amanah dan Upko bagi menghadapi PRU15.

Advertisement
Pada masa ini, PKR hanya mempunyai dua kerusi Parlimen di Sabah iaitu Liew (Tawau) dan Awang Husaini Sahari (Putatan).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here