NABAWAN: Penduduk Kg Pagalungan kini hanya memerlukan Pas Menyeberang Sempadan (PMS) Malaysia-Indonesia untuk melawat kawasan di Indonesia dalam lingkungan 30 kilometer (km) dari sempadan, tanpa menggunakan pasport.Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, SH Sitti Saleha Habib Yusof berkata, JIM menerusi program outreach bersama 25 anggota JIM ke Kg Pagalungan bertujuan bagi mempromosikan perkhidmatan operasi keimigresenan, khususnya permohonan PMS di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan.
“Kami mahu memperkenalkan PMS bagi rakyat Malaysia, khususnya kepada penduduk kawasan pedalaman dalam lingkungan 30km dari sempadan Indonesia.
Advertisement





