Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
RM7.2 juta untuk jambatan di Sungai Liau
Published on: Monday, April 25, 2022
Published on: Mon, Apr 25, 2022
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
RM7.2 juta untuk  jambatan di Sungai Liau
ARTHUR (ketiga kiri) berbincang dengan Robert (kedua dari kiri) dan pegawai JKR mengenai pembinaan jambatan itu.
KENINGAU: Sebuah jambatan kekal bernilai RM7.2 juta akan dibina di Sungai Liau, Jalan Keningau Apin-Apin bagi menggantikan jambatan yang runtuh tahun lalu akibat hujan lebat dan banjir.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, jambatan galang keluli sepanjang 30 meter ini akan mengikut spesifikasi R4, iaitu spesifikasi antarabangsa bagi jalan raya di sini.

Advertisement
“Kementerian Kerja Raya Persekutuan memutuskan untuk membina jambatan kekal bagi menampung pertambahan trafik di sini untuk mengurangkan risiko jambatan runtuh pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan itu pada Jumaat.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here