Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jadi pengguna bijak: David
Published on: Monday, April 25, 2022
Published on: Mon, Apr 25, 2022
Text Size:
Text:
Jadi pengguna bijak: David
Kota Kinabalu: Pengguna harus bijak dalam membandingkan harga barangan yang tidak dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar tidak ditipu.

Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan meminta pengguna sebelum membeli barangan yang tidak dikawal oleh KPDNHEP, pengguna disarankan untuk membandingkan harga di kedai-kedai lain.

Advertisement
Beliau berkata pennguna perlu bijak untuk membandingkan harga yang berpatutan untuk mengelakkan mereka ditipu atau membayar harga lebih tinggi.

Dalam kita membuat perbandingan harga, kita perlu juga meneliti kualiti barangan terbabit. Pengguna perlu bijak dan sedar akan hak masing-masing dalam membeli barangan, ujarnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak penguatkuasa sekiranya harga diletakkan oleh peniaga tidak masuk akal, jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas melawat bazaar Ramadan sekitar bandaraya di sini, Sabtu.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau memberitahu, persatuan pengguna sering menerima aduan daripada orang ramai mengenai di beberapa pasar raya dan kedai borong di sekitar bandaraya ini mendapati stok minyak masak paket sukar didapati. Selain harga makanan yang dijual di bazaar Ramadan agak mahal daripada kebiasaan.

Advertisement
Orang ramai boleh membantu KPDNHEP Sabah dengan melaporkan setiap kesalahan dengan menggunakan nombor talian 088-484368 (KPDNHEP Kota Kinabalu), Whatsapp 019-2794317 (Aduan Pengguna) atau email e-aduan@kpdnhep.gov.my.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here