Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
Kemuka aduan kesalahan jalan raya di aplikasi e-Aduan@JPJ
Published on: Monday, April 25, 2022
Published on: Mon, Apr 25, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kemuka aduan kesalahan jalan raya di aplikasi e-Aduan@JPJ
Kuala Lumpur: Orang ramai kini boleh menyalurkan aduan berkaitan pemandu yang melanggar peraturan jalan raya secara lebih mudah dengan memuat turun aplikasi e-Aduan@JPJ.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata melalui aplikasi itu, orang ramai hanya perlu memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku di depan mereka selain lokasi dan waktu kesalahan.

Advertisement
“Orang ramai terlebih dahulu perlu dapatkan id awam di laman sesawang jpj.gov.my untuk mendaftar di aplikasi berkenaan. Orang ramai juga perlu mengaktifkan sistem kedudukan global (GPS) bagi memudahkan pengesanan lokasi.

“Aduan yang dibuat perlu dilengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar untuk memudahkan siasatan dijalankan,” menurutnya dalam kenyataan Sabtu lalu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau juga berkata JPJ akan melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 bermula 29 April hingga 8 Mei ini.

Katanya Ops HRA 2022 akan dilaksana melalui pendekatan advokasi dan penguatkuasaan dengan objektif utama memastikan persekitaran jalan raya sentiasa selamat dan seterusnya menurunkan kadar kemalangan serta kematian di jalan raya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here