Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lebih RM100 juta bina jalan di Pulau Sebatik
Published on: Tuesday, April 26, 2022
Published on: Tue, Apr 26, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lebih RM100 juta bina jalan di Pulau Sebatik
TAWAU: Kerajaan telah meluluskan peruntukan lebih RM100 juta bagi pembinaan jalan raya di Pulau Sebatik dekat sini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan secara berterusan di kawasan itu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar) berkata projek itu melibatkan pembinaan jalan raya dari Kampung Sungai Pukul ke Kampung Sungai Bergosong bernilai RM59 juta, yang dilaksanakan pada tahun ini menerusi Pelan Tindakan Kedua, RMK12.

Advertisement
“Satu lagi projek bernilai kira-kira RM64 juta melibatkan jalan raya dari Kampung Sungai Melayu ke Kampung Sungai Pukul akan dilaksanakan dalam Pelan Tindakan Ketiga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau prasarana untuk rakyat di Pulau Sebatik pada Isnin.

Selain itu katanya kerajaan turut meluluskan peruntukan di bawah kementerian lain bagi projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 6) di Sungai Tamang di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pada saya, selepas lawatan di Pulau Sebatik ini, ada banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar antaranya menaik taraf sama ada jalan raya, jeti dan bekalan air luar bandar yang patut diambil tindakan segera,

“Perkara ini juga diambil perhatian Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here