Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki rogol anak kena 20 tahun, 10 sebatan
Published on: Tuesday, April 26, 2022
Published on: Tue, Apr 26, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki rogol anak kena 20 tahun, 10 sebatan
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 42 tahun yang merogol anaknya lebih 15 kali, dipenjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki tersebut menukar pengakuan dan mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya semasa pengurusan kes pra-perbicaraan pada Isnin.

Advertisement
Lelaki itu telah merogol remaja berusia 15 tahun itu pada jam 7 pagi pada pertengahan April 2021 di sebuah rumah di sebuah kampung di Labuan.

Kesalahan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 tahun dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 7 Dis 2021.

Semasa rayuan, lelaki yang tidak diwakili itu memohon hukuman ringan.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suriyati Jumain menggesa mahkamah mengenakan hukuman lebih berat terhadap lelaki itu atas alasan tertuduh telah merogol anak perempuannya sendiri.

Dia juga berhujah bahawa rogol adalah jenayah sangat berat dan lelaki itu harus dihukum dengan hukuman yang lebih berat.

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa kejadian itu terbongkar apabila remaja itu mendedahkan kejadian tersebut kepada guru kaunselingnya semasa sesi kaunseling.

Remaja itu memberitahu guru bahawa bapanya telah merogolnya sejak dia berusia 10 tahun dan kejadian itu telah berlaku lebih 15 kali.

Turut didedahkan bahawa tertuduh tidak bekerja dan juga mengambil dadah jenis syabu.

Guru itu kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu remaja tersebut dan ibunya meminta guru itu melakukan tindakan seterusnya kerana dia (ibu) berada di Johor.

Pengetua sekolah itu kemudian mengarahkan guru kaunseling ini untuk membuat laporan polis dan susulan laporan itu, lelaki itu ditangkap.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here