PUTATAN: Pembabitan golongan ibu bapa dan komuniti merupakan pendekatan penting bagi usaha pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini.Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata intervensi awal akan dapat mengurangkan risiko ketidakupayaan golongan OKU, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Jelasnya, program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang ditubuhkan oleh Kerajaan adalah sangat relevan bukan sahaja kepada kanak-kanak OKU, tetapi juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU.
Advertisement





