Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dua lelaki lindungi PTI didenda RM25,000
Published on: Wednesday, April 27, 2022
Published on: Wed, Apr 27, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dua lelaki lindungi PTI didenda RM25,000
Kota Kinabalu: Dua lelaki didenda sejumlah RM25,000 kerana masing-masing menggaji pendatang tanpa izin (PTI) dan membenarkan PTI tinggal di premis.

Looi Chan Wai, 39, dan Tahir Raja Mohammad, 51, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadap mereka.

Advertisement
Looi didenda RM10,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit, dan dia telah mengupah dua individu, dengan itu dia perlu membayar sejumlah RM20,000.

Dia didapati menggaji seorang warga Filipina dan seorang warga Indonesia masing-masing berusia 21 dan 29 tahun, pada pukul 10.20 malam 12 Jan tahun ini di Hot Valley Karaoke Lounge di Plaza Beverly Hills, Penampang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM10,000 dan RM50,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.

Sementara itu, Tahir didenda RM5,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit, di mana hanya seorang PTI terbabit.

Advertisement
Tahir membenarkan warga Filipina berusia 22 tahun tanpa dokumen pengenalan diri itu untuk tinggal di premisnya di Restoran Ria dan Katering di Plaza Hong Pin, Kota Belud pada pukul 1.38 tengah hari 25 Jan tahun ini.

Permohonan Tahir untuk membayar denda itu secara ansuran telah dibenarkan, di mana dia perlu membayar RM2,000 dan baki RM3,000 sebelum atau pada 17 Jun tahun ini.

Advertisement
Semasa rayuan, kedua-dua mereka meminta hukuman ringan.

Pegawai Pendakwa Abdul Lamit dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here