Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah tambah baik sistem pembayaran fi di hospital 
Published on: Thursday, April 28, 2022
Published on: Thu, Apr 28, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah tambah baik sistem pembayaran fi di hospital 
Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menambah baik sistem pembayaran fi di semua hospital di negeri ini termasuk di Hospital Semporna dalam masa terdekat, kata Pengarahnya Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata ini termasuk mewujudkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai seperti penggunaan kad kredit dan debit bagi memudahkan pelanggan hospital membuat pembayaran rawatan selari dengan keperluan semasa.

Advertisement
“JKNS prihatin dan sentiasa memastikan hospital di Sabah memberi rawatan dahulu tanpa mengira status kewarganegaraan pesakit terutamanya untuk menyelamatkan nyawa serta merujuk warganegara menghadapi kekangan kewangan kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berkenaan satu hantaran di media sosial Facebook mengenai seorang ibu tidak bernegara yang perlu membuat pembayaran fi secara tunai berjumlah RM3,953 sebelum dibenarkan keluar hospital, tular baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Rose Nani berkata pesakit bukan warganegara itu dimasukkan ke Wad Materniti, Hospital Semporna bagi kelahiran secara biasa pada 24 April lepas dan dibenarkan keluar hospital sehari kemudian.

“Pesakit bukan warganegara adalah masih tertakluk kepada Perintah Fi (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014 di bawah Akta Fi 1951 yang berkuat kuasa.  Bayaran dikenakan kepada pesakit adalah sebanyak RM3,953 dan telah dibayar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here