RANAU: Seorang pengurus di sebuah pusat peranginan menjadi mangsa terbaharu penipuan sindiket Macau Scam di daerah ini apabila mengalami kerugian kira-kira RM444,600.Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, pada 6 April lelaki berusia 35 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘pegawai’ Lembaga Hasil Negeri (LHDN) Kedah.
Menurutnya, pemanggil itu memaklumkan nama mangsa digunakan untuk membuka syarikat dan mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM26,000.
Advertisement





