Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Stesen Radio Suara Malaysia-Tagalog RTM Sabah ditamatkan
Published on: Saturday, April 30, 2022
Published on: Sat, Apr 30, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Stesen Radio Suara Malaysia-Tagalog RTM Sabah ditamatkan
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (gambar fail) - Bernama
Kuala Lumpur: Stesen Radio Suara Malaysia-Tagalog di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan ditamatkan siarannya pada pukul 12 tengah malam tadi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ia selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 4 Mac lepas, dan penamatan perkhidmatan stesen radio itu dijangka memberi penjimatan kepada perbelanjaan RTM Sabah, seterusnya membolehkan sumber difokuskan bagi usaha penambahbaikan perkhidmatan lain di negeri berkenaan.

Advertisement
Katanya penamatan stesen radio itu mengambil kira beberapa justifikasi khususnya keberkesanan sebagai platform penyampaian maklumat yang dilihat kurang berkesan susulan jumlah pendengar yang tidak memberangsangkan.

“...selain ia tidak mencapai objektif asal penubuhan, Kementerian Luar juga menyifatkan ia tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada usaha diplomasi dua hala antara Malaysia-Filipina,” katanya menerusi kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Stesen itu memulakan operasinya pada 1 Okt 1973 dan dipancarkan melalui stesen pemancar MW Tuaran di bawah Radio Malaysia Sabah. Kemudiannya ditukar secara dalam talian mulai 1 Julai 2011 kerana masih terdapat permintaan pendengar terhadap kandungan dalam bahasa Tagalog.

Annuar berkata Stesen Radio Suara Malaysia-Tagalog diwujudkan bertujuan menyampaikan dasar Kerajaan Malaysia melalui penyiaran rancangan bagi mengeratkan persahabatan antara Malaysia-Filipina khususnya pendengar di selatan negara berkenaan.

Advertisement
“Selain itu stesen yang bersiaran selama dua jam dari 7.30 malam hingga 9.30 malam itu juga menyiarkan rancangan kebudayaan cara hidup Keluarga Malaysia berbilang bangsa dan etnik di samping menggalakkan keharmonian di kawasan sempadan kedua-dua negara,” katanya.

Annuar turut berkata selain Kementerian Luar, pihak yang bersetuju menamatkan siaran stesen radio itu adalah Kerajaan Sabah, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Advertisement
“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia berharap hubungan Malaysia-Filipina akan terus kekal berada pada tahap terbaik dan berterima kasih atas sokongan pendengar selama ini,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here