Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PBS aktifkan semula Bahagian Tanjung Papat
Published on: Saturday, April 30, 2022
Published on: Sat, Apr 30, 2022
Text Size:
Text:
PBS aktifkan semula Bahagian Tanjung Papat
DR JOACHIM (tengah) ketika hadir di Citi Club untuk Majlis Perasmian Pembentukan Semula PBS Tanjung Papat.
SANDAKAN: Parti Bersatu Sabah (PBS) telah mengaktifkan semula Bahagian Tanjung Papat bagi meneruskan perjuangan parti di daerah ini.Naib Presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam telah merasmikan pembentukan semula PBS Bahagian Tanjung Papat dan majlis Berbuka Puasa di bangunan Citi Club, di sini, Jumaat.

Advertisement
Dr Joachim mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua ahli yang memberikan kerjasama padu dalam pengaktifan semula PBS Tanjung Papat.
Beliau turut memuji integriti setiap ahli dalam proses pemilihan Ketua Bahagian, Timbalan dan juga ahli jawatankuasa (AJK).
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tidak ada isu berebut jawatan dan proses pembentukan bahagian parti berjalan dengan lancar. “Tahniah kepada Ketua Bahagian dan Timbalannya, David Ong Chih Qun dan Nelson Sikin serta semua yang menang tanpa bertanding yang akan menerajui PBS Tanjung Papat,” kata Dr Joachim yang juga Ketua Bahagian PBS Kundasang.
Advertisement
Menurutnya, jumlah keahlian terkini ialah seramai 833 orang sementara lebih kurang 400 keahlian baharu masih dalam proses pendaftaran.

Dalam majlis berkenaan, Dr Joachim juga telah menyerahkan kad keahlian mengikut cawangan kepada wakil cawangan masing-masing.
Advertisement
Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri menyeru semua ahli yang hadir untuk bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang dan berharap PBS akan dicalonkan sama ada di peringkat DUN dan Parlimen di sini. Beliau juga berharap PBS Wanita dan Pemuda bagi Tanjung Papat akan dapat dibentuk dalam masa terdekat ini. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerja PBS Pusat, Marcilus Roman, Ahli Majlis Tertinggi;  John Masabal, Goon Thien Sheng, Kong Nyuk Thou, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda, Christoper Mandut serta ahli-ahli PBS lain. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here